CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Tuesday 5 February 2013

KERANA SUBUH...

              Tarikh hari ni ialah 5hb Februari akan menjadi ingatanku.Pada hari ini banyak perkara negatif berlaku terhadap diriku.Yup!JPJ test GAGAL.Kereta masuk LONGKANG???Apa ni?/?Semuanya angkara solat subuh.
              Aku memulakan hari ini dengan keadaan subuh yang lambat.Tapi still sempat solat subuh.Aku dah set dah jam nak bangun pukul 6 pagi sebab hari ini aku ada test JPJ.Harap-harap lulus la.Bangun je adik aku darjah 2 menangis sebab lambat.Aku ni lagi la.Nak test tuh.Kol 7 pagi van datang amek.Maklumla,tempat aku belajar memandu tuh jauh.Area 50 min baru sampai.Before pergi tuh salam mak,cakap ngan mak suruh doakan.Takut ni.Pastu mak cakap cm ni "Yelah....alah...subuh kau pon lambat!!!"Aku tersipu-sipu malu...huhuhu...Aku pon pergi la.Hari ni hujan pula..hujan rahmat kot..tak pelah.
.              Sampai sana dengar taklimat..tunggu and tunggu.Sekarang sampai turn aku no 15.Kena wat bahagian 2.Bukit,parking,3 penjuru..Ok2...Insya-Allah boley..Alhamdulillah..bukit lepas..parking pulak tak lepas sebab kereta aq terkekanan sangat menyebabkan bila aq nk ngundur ke belakang carik tiang 9...tiba2 aq dengat bunyi wisel.--->dalam hati aku bertanya adakah itu aq..and memamg pon itu aku.Aku langgar line putih..Pastu orang tuh suruh aku keluar.What??I'm failed??Macam tak percaya.Aku nak nasihatkan kepada korang semua jangan ingat QTI korang ok..JPJ korang bley lepas??Don't be over confident macam aku.Yes!QTI aku dapat 94%.But JPJ??FAILED YOU KNOW....Tapi,ALHAMDULILLAH...bahagian 3,JALANRAYA LULUS..
              Balik rumah..parents tak ada.Pergi Johor.Kerja..Alhamdulillah.zuhur and asar tak ada problem.
Mak call,cakap nanti kalau adik laki aku dah balik rumah teros hantar dia pergi surau.Katanya ada latihan nasyid.Kene hantar pukul 7.00 malam.Magrib tuh.At the same time...cerita SETIA HUJUNG NYAWAA.Minggu last pulak tuh..Alamak..Apa lagi..Nak cepat la..**padahal aku boeh je tengok ulangan kat utube..So hantar la adik aku tuh.Dengan tergesa-gesa,time nak ngudurkan kereta tuh..nak keluar kawasan rumah..tiba2..grukkk...Aku tanya adik aku bunyi apa tuh.At the same time kereta aku senget ke kiri.Keluar kereta tengok...warghhh...tayar kereta masuk longkang??Actually blom masuk lagi,tapi nyaris2.Try la tekan minyak kuat2.Memang tak boleh.Alhamdulillah 7.30 malam baru ok..Dah la time maghrib.Blablabla...Malas nak citer lg..wat panjang je..
             Biler pikir balik..semuanya sebab subuh aku.Pernah kawan aku cakap..KALAU KITA NAK TAHU PERJALANAN KITA HARI NI ,LIHATAH SUBUH.Memang betul apa dia kata.Tapi aku cuba berfikiran positif.Ada hikmah apa yang berlaku hari ini.Aku berusaha fikir apa hikmahnya.Kenapa aku failed JPJ??Sebab kalau aku lulus sekarang ni mesti nanti aku rasa riak.Confem...Kenapa kereta masuk longkang??Sebab jadik pengajaran utk aku jaadik penyabar.Pikir selamat.Jangan bawak laju2.Jangan bajet bagus..Kalau kita fikir negatif..memang kita fikir duit keluar mcm air.Yelah.Dah failed JPJ..kene tambah RM130.Tapi...sampai biler nak pikir negatif.
           Aku berharap kepada sesiapa yang baca entry ni..aku nak sangat korang jadik seorang yang positive thinking.Apa yang kita fikirkan..itulah yang akan berlaku.Banyak kelebihan..Serious..Tak tipu..and kalau tak siap ada hadis yang menyuruh fikirkan kebaikan..Tapi tak ingat la...Sorry..Apa kaitan berfikiran positif dengan cerita ni??

BERFIKIRAN POSITIF---->BERSANGKA BAIK----->MEMIKIRKAN SETIAP APA YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA--->SANGAT DITUNTUT DALAM ISLAM
INGAT...SEMUA PERKARA YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA.FIKIRLAH APA HIKMAHNYA.SAMA ADA CEPAT ATAU LAMBAT KITA MENGETAHUI HIKMAH PERKARA TERSEBUT.JANGAN TERLALU MEMIKIRKAN KESANNYA.
LASTLY...aku harap korang dapat kaitan lirik lagu ni dengan apa yang aku tulis dalam entry kali ni

 Fikirkan Boleh


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan


Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran

Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Sekian saja entry aku untuk kali ini.Sebarang penambah baikan silakan komen..^_^
THANKS FOR READING

Monday 4 February 2013

KEMASKINI BORANG MATRIKULASI 2013/2014

Assalamualaikum.


Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuka talian untuk mengemas kini borang permohonan bagi sesi 2013/2014 bermula 4 hingga 18 Februari ini.
Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini, hari ini, berkata pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan melalui internet boleh berbuat demikian di http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/kemaskini/ atau melalui laman web kementerian di http://www.moe.gov.my/
Pemohon diminta untuk memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM untuk tujuan mengemas kini manakala mereka yang menggunakan laman web kementerian perlu menggunakan ruangan e-PERKHIDMATAN berkala.
Keputusan ke program matrikulasi akan dikeluarkan lima minggu selepas keputusan SPMdiumumkan secara rasmi di laman web kementerian.
Pelajar yang ditawarkan ke program matrikulasi juga perlu mencetak sendiri surat tawaran yang akan dikeluarkan secara online, namun tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM kerana ia akan diambil terus dari Lembaga Peperiksaan.
Pelajar boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-88844083/4036/4040 dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja, jika mempunyai sebarang pertanyaan. – BERNAMA

Sunday 3 February 2013

ANDA ANAK KE BERAPA????

Baru2 ni  ada baca 1 buku..terperasan 1 bahagian tajuk tuh.Ada kaitan la jugak dengan kita iaitu kita nie anak keberapa???Tapi dia tak specify la setiap no tuh...
nie copy daripada buku tuh

ANAK SULUNG
--->Anak sulung cenderung mengambil kedudukan sebagai pemimpin,mengikuti norma-norma sosial yang berlaku dalam masyarakat dan mudah menyesuaikan diri dalam persekitaran yang stabil.Mereka juga secara umumnya bertanggungjawab dan cenderung menurut peraturan.enurut pakar,anak sulung cenderung mengahwini orang yang mereka cintai sejak akil baligh iaitu cinta monyetnya.Apabila kita berkahwin dengan anak sulung,kemungkinan besar rumahtangga kita berkekalan.Ini kerana,anak sulung cenderung mempertahankan hubungan yang tidak harmonis.Mereka juga berusaha keras bagi memperbaiki kekurangan yang wujud dalam rumahtangganya.

ANAK TENGAH
--->Anak tengah adalah anak antara anak sulung dan anak bongsu.Anak tengah terkenal dengan keterampilan mereka berunding.Disebabkan kedudukannya adalah  antara anak sulung yang biasanya diberikan tanggungjawab besar dan anak bongsu yang biasanya mendapat lebih perhatian,adakalanya anak tengah terpaksa menngiatkan lagi usaha meraka dalam mendapatkan perhatian.Anak tengah cenderung berkahwin dalam usia yang relatif muda kerana mahu menjadi nobor satu ataupun trerus berkahwin lewat iaitu apabila mereka benar-benar yakin sudah enemuai pasangan yang sesuai untuk mereka.Biasanya anak tengah adalah pasangan yang menyenangkan.Hal ini kerana,mereka cenderung menggembirakan pasangan meraka.Namun hal yang demikian,dalam hubungan rumahtangga.mereka mungkin berusaha mendominasi peranan dalam keluarga.

ANAK BONGSU
--->Anak bongsu biasanya memiliki pembawaan yang menyenangkan,pandai bergaul,popular dan mudah menbuat orang jatuh hati kepada mereka.Mereka juga mudah dipuaskan.Apabila bercinta,mereka biasanya terpesona dengan hubungan cinta itu.Oleh yang demikian,perhatian yang sedikit sahaja sudah cukup bagi membuatkan mereka jatuh cinta.Namun begitu,di sebalik sefat mereka yang menyenangkan,jangan sekali-kali cuba mendominasi mereka.Hal ini kerana,anak bongsu cenderung menentang ataupun paling kurang,mempersoalkan autoriti.Anak bongsu lebih suka dianggap setaraf dengan pasangan mereka daripada dianggap menurut kata pasangannya.Selain itu,anak bongsu juga mempunyai kemampuan berjenaka yang lebih tinggi berbanding dengan abang ataupun kakak mereka.

ANAK KEMBAR
--->Keperibadian anak kembar amat bergantung kepada peranannya,sama ada sebagai kakak,abang atau adik.Secara umumnya,anak kembar yang lahir terlebih dahulu dianggap sebagai abang ataupun kakak.Namun begitu,berdasarkan beberapa kajian,didapati pada usia 11 ataupun 12 tahun,anak kembar yang lahir kemudiannya mula mengambil alih peranan sebagai abang,kakak dan sebaliknya.Dari segi sifat,keperibadian dan kehidupan percintaan mereka pula,mereka tidak berbeza dangan anak kembar  yang sulung dala memainkan peranan sebagai abang ataupun kakak dan sebaliknya.

ANAK TUNGGAL
--->Keperibadian anak tunggal adalah serupa dengan keperibadian anak sulung.Namun begitu,keperibadian mereka lebih ketara.Meraka dapat diharap,setia,memerlukan perhatian orang yang dicintai serta cenderung berjuang sepenuh tenaga bagi mendapatkan perkara yang mereka mahu.Perbezaan antara anak tunggal dan anak sulung adalah,anak tunggal tidak terlalu mementingkan kesempurnaan.Dalam hubungan percintaan,anak tunggal cenderung mempunyai beberapa kekasih asalkan mereka yakin kekasih mereka tidak mengetahui perkara itu.Dalam pada itu,sungguhpun anak tunggal cenderung mengikut peraturan seperti anak sulung,mereka juga berusaha mencari cara bagi melanggar peraturan ataupun norma.Demikian serba sedikit gambaran perihal keperibadian berdasarkan turutan kelahiran.Namun begitu,ia tidak semestinya begitu.Kadangkala,manusia mungkin menyalahi kecenderungan semula jadi mereka.Ini kerana manusia mempunya akal fikiranOleh itu mereka dapat menidakkan pelbagai kecenderungan mereka dalam berusaha menuju kearah yang lebih baik.Allah berkata dalam surah at-Tin ayat 1-8


'Demi buah tin dan zaitun.Demi gunung Tursina.Demi Mekah yang aman ini.Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.Kemudian,kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya.Kecuali kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Meraka beroleh pahala yang tidak putus-putus.Apabila demikian kekuasanKu,apa pula yang menjadikan engkau pendusta pada hari pembalasan sesudah ternyata bukti-bukti itu?Bukankah Allah yang sedemikian kekuasaanNya  itu adalah seadil-adil hakim?

Dan hari tuh pula ada jumpa oarang post kat fb,most of you dah baca kot yang ini...

Anda anak no berapa?

Anak No.1 - Berkepimpinan & Tegas.
Anak No.2 - Penyabar & Kelakar.
Anak No.3 - Manja & Matang.
Anak No.4 - Baik & Bergaya.
Anak No.5 - Baran & Cool.
Anak No.6 - Ramah & Manja.
Anak No.7 - Tegas & Lawak.
Anak No.8 - Menerima & Sabar.
Anak No.9 - Rileks & Pendiam.
Anak No.10 - Penyabar & Baik.
Anak No.11 - Banyak Cakap & Kelakar.
Anak No.12 - Penyabar & Mengada.
Anak No.13 - Manja & Pendiam.
Anak No.14 - Baik & Penyabar.
Anak No.15 - Menerima & Manja.

Sekian.....

Saturday 2 February 2013

PETUA MEMASAK...

OK2...Hari nie nak share mengenai petua time masak from my mom

------>actually..entry hari ni tak brapa panjang sangat la..ni ialah beberapa amalan yang boleh dilakukan ketika memasak..tapi..bkn la nak kasi cara2 memasak yer..

  1. Kalau nak masak apa2...memasak yang menggunakan kaedah gaul ker..godak ker n seupaa dengannya..buat cara arah anticlockwise..tak ingat pulak knapa..tp katanya sunnah...makanan nnti insya-Allah jadik sedap..kalau nak godak mee ker..putarkan kek guna mixer ker..kacau air ker..pastikan arahnyer anticlockwise..mula2 mcm pelik je apa yg mak ckp tuh..tp..tie buat kek kat rumah arie tuh..mmg kat rumah ada mixer yg boley pusing sendiri tuh..pasti tgk dyer pusing...eeh....??betollah kata mak...mixer tuh putarkan kek aq arahnyer anticlockwise la..

  2-pastu sambil kacau tuh baca LAISA LAHA MIN DUNILLAH HI KASYIFAH
            3- Pegang senduk tuh sebaik-baiknya TANGAN KANAN
**P/S:Rasanya itu sahaja perkongsian utk kali ni...kalau ada yang salah tuh bolehlah komen..sharing is caring right^_^