Tarikh hari ni ialah 5hb Februari akan menjadi ingatanku.Pada hari ini banyak perkara negatif berlaku terhadap diriku.Yup!JPJ test GAGAL.Kereta masuk LONGKANG???Apa ni?/?Semuanya angkara solat subuh.
Aku memulakan hari ini dengan keadaan subuh yang lambat.Tapi still sempat solat subuh.Aku dah set dah jam nak bangun pukul 6 pagi sebab hari ini aku ada test JPJ.Harap-harap lulus la.Bangun je adik aku darjah 2 menangis sebab lambat.Aku ni lagi la.Nak test tuh.Kol 7 pagi van datang amek.Maklumla,tempat aku belajar memandu tuh jauh.Area 50 min baru sampai.Before pergi tuh salam mak,cakap ngan mak suruh doakan.Takut ni.Pastu mak cakap cm ni "Yelah....alah...subuh kau pon lambat!!!"Aku tersipu-sipu malu...huhuhu...Aku pon pergi la.Hari ni hujan pula..hujan rahmat kot..tak pelah.
. Sampai sana dengar taklimat..tunggu and tunggu.Sekarang sampai turn aku no 15.Kena wat bahagian 2.Bukit,parking,3 penjuru..Ok2...Insya-Allah boley..Alhamdulillah..bukit lepas..parking pulak tak lepas sebab kereta aq terkekanan sangat menyebabkan bila aq nk ngundur ke belakang carik tiang 9...tiba2 aq dengat bunyi wisel.--->dalam hati aku bertanya adakah itu aq..and memamg pon itu aku.Aku langgar line putih..Pastu orang tuh suruh aku keluar.What??I'm failed??Macam tak percaya.Aku nak nasihatkan kepada korang semua jangan ingat QTI korang ok..JPJ korang bley lepas??Don't be over confident macam aku.Yes!QTI aku dapat 94%.But JPJ??FAILED YOU KNOW....Tapi,ALHAMDULILLAH...bahagian 3,JALANRAYA LULUS..
Balik rumah..parents tak ada.Pergi Johor.Kerja..Alhamdulillah.zuhur and asar tak ada problem.
Mak call,cakap nanti kalau adik laki aku dah balik rumah teros hantar dia pergi surau.Katanya ada latihan nasyid.Kene hantar pukul 7.00 malam.Magrib tuh.At the same time...cerita SETIA HUJUNG NYAWAA.Minggu last pulak tuh..Alamak..Apa lagi..Nak cepat la..**padahal aku boeh je tengok ulangan kat utube..So hantar la adik aku tuh.Dengan tergesa-gesa,time nak ngudurkan kereta tuh..nak keluar kawasan rumah..tiba2..grukkk...Aku tanya adik aku bunyi apa tuh.At the same time kereta aku senget ke kiri.Keluar kereta tengok...warghhh...tayar kereta masuk longkang??Actually blom masuk lagi,tapi nyaris2.Try la tekan minyak kuat2.Memang tak boleh.Alhamdulillah 7.30 malam baru ok..Dah la time maghrib.Blablabla...Malas nak citer lg..wat panjang je..
Biler pikir balik..semuanya sebab subuh aku.Pernah kawan aku cakap..KALAU KITA NAK TAHU PERJALANAN KITA HARI NI ,LIHATAH SUBUH.Memang betul apa dia kata.Tapi aku cuba berfikiran positif.Ada hikmah apa yang berlaku hari ini.Aku berusaha fikir apa hikmahnya.Kenapa aku failed JPJ??Sebab kalau aku lulus sekarang ni mesti nanti aku rasa riak.Confem...Kenapa kereta masuk longkang??Sebab jadik pengajaran utk aku jaadik penyabar.Pikir selamat.Jangan bawak laju2.Jangan bajet bagus..Kalau kita fikir negatif..memang kita fikir duit keluar mcm air.Yelah.Dah failed JPJ..kene tambah RM130.Tapi...sampai biler nak pikir negatif.
Aku berharap kepada sesiapa yang baca entry ni..aku nak sangat korang jadik seorang yang positive thinking.Apa yang kita fikirkan..itulah yang akan berlaku.Banyak kelebihan..Serious..Tak tipu..and kalau tak siap ada hadis yang menyuruh fikirkan kebaikan..Tapi tak ingat la...Sorry..Apa kaitan berfikiran positif dengan cerita ni??
BERFIKIRAN POSITIF---->BERSANGKA BAIK----->MEMIKIRKAN SETIAP APA YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA--->SANGAT DITUNTUT DALAM ISLAMINGAT...SEMUA PERKARA YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA.FIKIRLAH APA HIKMAHNYA.SAMA ADA CEPAT ATAU LAMBAT KITA MENGETAHUI HIKMAH PERKARA TERSEBUT.JANGAN TERLALU MEMIKIRKAN KESANNYA.
LASTLY...aku harap korang dapat kaitan lirik lagu ni dengan apa yang aku tulis dalam entry kali ni
Fikirkan Boleh
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
Sekian saja entry aku untuk kali ini.Sebarang penambah baikan silakan komen..^_^
THANKS FOR READING
gary pun dulu fail jpj sekali.. sedih kot... huhuhu...
ReplyDeletebtw, gary follow sini... selamat berkenalan.. :)
salam blog anda telah di review jom lawati http://gengentry.blogspot.com/2013/02/review-blog-34-story-and-knowleage.html
ReplyDeletetakpe, try lagi nanti okay :)
ReplyDeletedone follow :D