CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday 21 August 2013

10 SURAH PENERANG HATI DARIPADA RASULULLAH





10 surah mujarab sebagai penerang hati dari Nabi Muhammad S.A.W. yang disuruh kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.
Semoga ianya dapat menjadi peringatan dan saling berpesan-pesanan antara kita semua.
1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.
Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KAUSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”
Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.
Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Monday 6 May 2013

AKU SANGAT MENCINTAINYA TETAPI...




"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."

"Kenapa pulak?"

"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."

Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..

Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.

Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.

~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.

Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. BERCINTALAH. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'COUPLE'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.

Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.

Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)

"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."

Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.

Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.

Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.

" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.

(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"

Wallahu Ta'ala A'lam
#copy paste from facebook.

Friday 22 March 2013

RESULT SPM DAH KELUAR?APA KESUDAHANNYA?

Assalamualaikum....
Kali ni nak ckp pasal result spm 2012 yang telah diumumkan semalam iaitu hari yang bertarikh 21 Mac 2013.Hari yang bersejarah ini tak akan dilupakan oleh semua lepasan SPM 2012.

SO??HOW YOUR RESULT??OK??NOT BAD??OR ''TERUKKK''??hahaha...its ok la.Bagi mereka-mereka yang mendapat result agak memuaskan tuh...diucapkan tahniah la yer..orang disini tumpang gembira..Bagi yang kurang memuaskan tuh...tak mengapa...aku nak story morry ngan korang-korang yang dapat result sebegitu rupa...
*ceh2...nak wat dairi 21 mac pulok ni...hmmm
Kalau malas nak baca baca text colour biru je

Sehari sebelum result keluar memang tak kesah...semua orang tanya tak cuak ker?hmm...ntahla...aku tak ada perasaan kot time tuh..tapi tepat pukul 10 malam 20 mac aka lagi 24 hours result keluar..time jahit tetiba rasa cuak pulok...takut sikit...Nak makan pun tak ada selera..Tapi tabahkan hati...wat macam ok je..esok pagi pulak...bangun and bersiap nak gi SM SAINS SULTAN ISKANDAR,MERSING,JOHOR ni..-->setelah sekian 3 bulan ditinggalkan<---nak breakfast pun tak selera..pendekkan cerita biler dah sampai sekolah..teros gi DEWAN SRI INTEGRASI..owh...jumpa kawan-kawan..and tak lupa amek majalah sekolah..hahaha...cantik...semua colour ni...dah maju dah..ahak...then,duduk la kat kerusi..duduk sebelah mak n ayah..agak lambat la sek aku annouce result tuh..sampai dah berapa ramai dah pok cik aku call mak aku..n my cousin got 6 A'S...owh..ok2...cuak dah tinggi ni..and finally my lovely add maths teacher aka my principal dah abes bg ucapan n mengatakan hanya 19 sahaja yang dapat straight..near miss 22 ...owh...imposible aku tergolong dalam kalangan tuh..and memang pun...aku tak merasa naek pentas amek result...kihkihkih...and majlis pun habis...sapa-sapa yang tak dapat amek result kat pentas sila ambil di kaunter yer...mak and ayah pon suruh la aku amek..aku cakap nanti la..tunggu ada org dulu..mak kata nanti ramai pulak nak tunggu...aku cakap mana ada..kelas aku ni bukannya ramai pun...15 orang je...hahaha...pastu aku pun ambil la...tengok je slip tuh..tak kira pon berapa a...tapi mcm sikit je..teros tunjuk kat parents..ni la result aku..

hanya sekadar pengajaran sahaja..


# KESAN SELEPAS MENERIMA RESULT........
OK...sikit tuh bilangan A aku...perasaan??of course sedeh kot..air mata??meleleh buat beberapa saat...tapi..aku cakap ngan diri aku...AKU TAK BOLEH NANGIS...AKU KENE HAPPY..AND FOR SURE I MUST SAY ALHAMDULILLAH AND THANKFUL TO ALLAH..aku sepatutnya rasa gembira kerana akhirnya result yang ditunggu selama 3 bulan sudah diterima..Aku dah janji pada diri aku...walau apapun terjadi aku harus terima result ni dengan hati yang terbuka.Aku teringat kata USTAZ KAZIM ELIAS....ALLAH SENTIASA MEMBERIKAN YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA..
"Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik buat kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia adalah buruk buat kamu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)
 aku ingat balik aku rasa sentap pulak...maknanya nie lah result aku yang terbaeq..aku memang suka pikir positif...**ala..kadang2 tuh negatif gak...**aku pikir balik...mana taw kalau aku dapat straight nanti..aku akan main-main lepas ni?mana taw aku akan berjaya dengan lebeh cemerlang lepas ni..HEY..SPM not THE END OF THE WORLD...tak bermakna tak berjaya time SPM...lepas ni akan gagal...gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya..Aku pikir balik...adakah aku ni tergolong dalam golongan orang yang BERSYUKUR???Hidup kita ini umpama roda..kadang kala di atas...kadang kala dibawah..tapi biler kita di atas...jangan lupa orang di bawah..bantu mereka untuk berada di atas juga..biler berada di atas...jangan sombong...Eeh??Apa kait dengan bersyukur pulak??Pernah tak kita pikir orang yang lebih teruk dari kita?Apa perasaan mereka?->HEY,aku punya lagi teruk la...tapi...tolonggg la..seteruk mana kita...pikir la orang yang lagi teruk tuh...In Shaa Allah...korang akan rasa lebeh bersyukur la..Ingat.."allah bagi kita sikit-sikit , kalau dia bg skali sederap , takut kita takbur ."
"hati kena redha , kalau tak hilang keberkatan untuk rezeki yg seterusnya"
"nabi syg umatnya yang redha dgn ujian Allah dan berusaha tanpa mengaku kalah "
"bila kita dah dpt degree , takdenya org tanya spm dpt brpe . bila dh dpt master , takdenya orang tnya psl degree , dan bila dah dpt phd , takdenya org tnya psl master ."

Actually...awal tahun hari tuh..parents aku pergi menunaikan umrah di tanah suci..So,apa lagi.Tulis la semua doa aku dalam buku nota mak.Confirm la aku aku nak mintak straight a for my SPM.Macam-macam lagi aku mintak parents aku doakan.Iyelah,doa kat sana kan makbul...Tapi,akhirnya aku tak dapat pon apa yang aku nak..Adakah doa aku tak makbul?Hmm....Aku happy doa aku memang utk dpt straight tak makbul.Tapi,aku HAPPY..kenapa??ni sebabnya

“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalam dirinya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama  ada doa itu disegerakan makbul atau disimpan untuk  diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan  keburukan yang sepadan dengan doa tadi.” ( Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih ).
Maka, Ada sebahagian doa kita diterima oleh Allah di dunia. Ada doa yang tidak diberi disebabkan hikmah yang tersembunyi, lalu disimpan doa itu di sisi-Nya untuk diberikan pada hari akhirat dengan suatu yang lebih baik. Atau doa itu ditukar dengan kebaikan-kebaikan yang lain seperti diselamatkan kita dari pelbagai bahaya yang sebahagian besarnya tidak pernah diduga.
Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)
Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Ok..aku rasa dah panjang kot...Tak apalah..ada hikmah disebaliknya yang kita tak tahu..Doa mintak yang terbaik daripada-Nya..
**ps=aku tak taw napa ramai kwn2 aq dpt result lbeh kurang cam aq je...asal tanya je lbeh kurang sama...x pe korang..ada la rzeki korg tuh yg kita x taw..

DON'T BE SAD FRIENDS...PESANAN KEPADA DIRI SENDIRI DAN KWN2...

Sunday 3 March 2013

TIPS LULUSS TEST JPJ

Asaalamualaikum...hari ni aq nak share pasal tips kalau nak lulus test jpj bagi mereka2 yang akan menghadapinya..Actually,ayat ni sebenarya kawan aku yang kasi.Pada satu hari tuh aku ada dengar mak dia ckp cam ni..''ha!tu la...mak suruh baca ayat tuh tak nak..Bila aku dengar je..teros aku tanya ayat apa...
ni ayatnya.....
hasbi yallah hu la ila ha illa hua alaihi TAWAKKALTU wa hua RABBULARSYILAZIM
seperti entry before ni..yang menyatakan bahawa aku fail....heheheh...aku saing kawan aku test jpj ni..kitorang dua2 fail...tp dia fail kat 3 penjuru...lagi sikit je lulus...dia ckp nyesal pulak aku tak baca ayat tuh..masabtime bukit dgn parking dia baca..alhamdulillah lepas..tp masa 3 penjuru tak sempat nak baca..tuh yang fail....KATANYA la...
So,aku pun aplikasikan la ayat tuh time aq test kali ke-2....heheheh...alhamdulillah...lulus akhirnya...
Kirenya...korang boley la baca ayat nie before nak test tuh..In Shaa Allah LULUS...
Ayat ni tak semestinya dibaca bila nak test jpj je..macam2 lagi...maybe nanti 20 hb 3 nie kan keluar result..so boleh la baca ayat ni..tuk tenangkan hati...
Sekian saja entry kali ni..hanya berkongsi apa yang tahu..
**p/s--->maaf sebab lambat post entry ni...busy sikit...sebab kerja...lalalaa....actually next  test dah lama lepas
....19 hb feruari yang lalu....hopefully tak ada la yang marah ye....peace...^_^


Tuesday 5 February 2013

KERANA SUBUH...

              Tarikh hari ni ialah 5hb Februari akan menjadi ingatanku.Pada hari ini banyak perkara negatif berlaku terhadap diriku.Yup!JPJ test GAGAL.Kereta masuk LONGKANG???Apa ni?/?Semuanya angkara solat subuh.
              Aku memulakan hari ini dengan keadaan subuh yang lambat.Tapi still sempat solat subuh.Aku dah set dah jam nak bangun pukul 6 pagi sebab hari ini aku ada test JPJ.Harap-harap lulus la.Bangun je adik aku darjah 2 menangis sebab lambat.Aku ni lagi la.Nak test tuh.Kol 7 pagi van datang amek.Maklumla,tempat aku belajar memandu tuh jauh.Area 50 min baru sampai.Before pergi tuh salam mak,cakap ngan mak suruh doakan.Takut ni.Pastu mak cakap cm ni "Yelah....alah...subuh kau pon lambat!!!"Aku tersipu-sipu malu...huhuhu...Aku pon pergi la.Hari ni hujan pula..hujan rahmat kot..tak pelah.
.              Sampai sana dengar taklimat..tunggu and tunggu.Sekarang sampai turn aku no 15.Kena wat bahagian 2.Bukit,parking,3 penjuru..Ok2...Insya-Allah boley..Alhamdulillah..bukit lepas..parking pulak tak lepas sebab kereta aq terkekanan sangat menyebabkan bila aq nk ngundur ke belakang carik tiang 9...tiba2 aq dengat bunyi wisel.--->dalam hati aku bertanya adakah itu aq..and memamg pon itu aku.Aku langgar line putih..Pastu orang tuh suruh aku keluar.What??I'm failed??Macam tak percaya.Aku nak nasihatkan kepada korang semua jangan ingat QTI korang ok..JPJ korang bley lepas??Don't be over confident macam aku.Yes!QTI aku dapat 94%.But JPJ??FAILED YOU KNOW....Tapi,ALHAMDULILLAH...bahagian 3,JALANRAYA LULUS..
              Balik rumah..parents tak ada.Pergi Johor.Kerja..Alhamdulillah.zuhur and asar tak ada problem.
Mak call,cakap nanti kalau adik laki aku dah balik rumah teros hantar dia pergi surau.Katanya ada latihan nasyid.Kene hantar pukul 7.00 malam.Magrib tuh.At the same time...cerita SETIA HUJUNG NYAWAA.Minggu last pulak tuh..Alamak..Apa lagi..Nak cepat la..**padahal aku boeh je tengok ulangan kat utube..So hantar la adik aku tuh.Dengan tergesa-gesa,time nak ngudurkan kereta tuh..nak keluar kawasan rumah..tiba2..grukkk...Aku tanya adik aku bunyi apa tuh.At the same time kereta aku senget ke kiri.Keluar kereta tengok...warghhh...tayar kereta masuk longkang??Actually blom masuk lagi,tapi nyaris2.Try la tekan minyak kuat2.Memang tak boleh.Alhamdulillah 7.30 malam baru ok..Dah la time maghrib.Blablabla...Malas nak citer lg..wat panjang je..
             Biler pikir balik..semuanya sebab subuh aku.Pernah kawan aku cakap..KALAU KITA NAK TAHU PERJALANAN KITA HARI NI ,LIHATAH SUBUH.Memang betul apa dia kata.Tapi aku cuba berfikiran positif.Ada hikmah apa yang berlaku hari ini.Aku berusaha fikir apa hikmahnya.Kenapa aku failed JPJ??Sebab kalau aku lulus sekarang ni mesti nanti aku rasa riak.Confem...Kenapa kereta masuk longkang??Sebab jadik pengajaran utk aku jaadik penyabar.Pikir selamat.Jangan bawak laju2.Jangan bajet bagus..Kalau kita fikir negatif..memang kita fikir duit keluar mcm air.Yelah.Dah failed JPJ..kene tambah RM130.Tapi...sampai biler nak pikir negatif.
           Aku berharap kepada sesiapa yang baca entry ni..aku nak sangat korang jadik seorang yang positive thinking.Apa yang kita fikirkan..itulah yang akan berlaku.Banyak kelebihan..Serious..Tak tipu..and kalau tak siap ada hadis yang menyuruh fikirkan kebaikan..Tapi tak ingat la...Sorry..Apa kaitan berfikiran positif dengan cerita ni??

BERFIKIRAN POSITIF---->BERSANGKA BAIK----->MEMIKIRKAN SETIAP APA YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA--->SANGAT DITUNTUT DALAM ISLAM
INGAT...SEMUA PERKARA YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA.FIKIRLAH APA HIKMAHNYA.SAMA ADA CEPAT ATAU LAMBAT KITA MENGETAHUI HIKMAH PERKARA TERSEBUT.JANGAN TERLALU MEMIKIRKAN KESANNYA.
LASTLY...aku harap korang dapat kaitan lirik lagu ni dengan apa yang aku tulis dalam entry kali ni

 Fikirkan Boleh


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan


Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran

Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Sekian saja entry aku untuk kali ini.Sebarang penambah baikan silakan komen..^_^
THANKS FOR READING

Monday 4 February 2013

KEMASKINI BORANG MATRIKULASI 2013/2014

Assalamualaikum.


Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuka talian untuk mengemas kini borang permohonan bagi sesi 2013/2014 bermula 4 hingga 18 Februari ini.
Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini, hari ini, berkata pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan melalui internet boleh berbuat demikian di http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/kemaskini/ atau melalui laman web kementerian di http://www.moe.gov.my/
Pemohon diminta untuk memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM untuk tujuan mengemas kini manakala mereka yang menggunakan laman web kementerian perlu menggunakan ruangan e-PERKHIDMATAN berkala.
Keputusan ke program matrikulasi akan dikeluarkan lima minggu selepas keputusan SPMdiumumkan secara rasmi di laman web kementerian.
Pelajar yang ditawarkan ke program matrikulasi juga perlu mencetak sendiri surat tawaran yang akan dikeluarkan secara online, namun tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM kerana ia akan diambil terus dari Lembaga Peperiksaan.
Pelajar boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-88844083/4036/4040 dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja, jika mempunyai sebarang pertanyaan. – BERNAMA

Sunday 3 February 2013

ANDA ANAK KE BERAPA????

Baru2 ni  ada baca 1 buku..terperasan 1 bahagian tajuk tuh.Ada kaitan la jugak dengan kita iaitu kita nie anak keberapa???Tapi dia tak specify la setiap no tuh...
nie copy daripada buku tuh

ANAK SULUNG
--->Anak sulung cenderung mengambil kedudukan sebagai pemimpin,mengikuti norma-norma sosial yang berlaku dalam masyarakat dan mudah menyesuaikan diri dalam persekitaran yang stabil.Mereka juga secara umumnya bertanggungjawab dan cenderung menurut peraturan.enurut pakar,anak sulung cenderung mengahwini orang yang mereka cintai sejak akil baligh iaitu cinta monyetnya.Apabila kita berkahwin dengan anak sulung,kemungkinan besar rumahtangga kita berkekalan.Ini kerana,anak sulung cenderung mempertahankan hubungan yang tidak harmonis.Mereka juga berusaha keras bagi memperbaiki kekurangan yang wujud dalam rumahtangganya.

ANAK TENGAH
--->Anak tengah adalah anak antara anak sulung dan anak bongsu.Anak tengah terkenal dengan keterampilan mereka berunding.Disebabkan kedudukannya adalah  antara anak sulung yang biasanya diberikan tanggungjawab besar dan anak bongsu yang biasanya mendapat lebih perhatian,adakalanya anak tengah terpaksa menngiatkan lagi usaha meraka dalam mendapatkan perhatian.Anak tengah cenderung berkahwin dalam usia yang relatif muda kerana mahu menjadi nobor satu ataupun trerus berkahwin lewat iaitu apabila mereka benar-benar yakin sudah enemuai pasangan yang sesuai untuk mereka.Biasanya anak tengah adalah pasangan yang menyenangkan.Hal ini kerana,mereka cenderung menggembirakan pasangan meraka.Namun hal yang demikian,dalam hubungan rumahtangga.mereka mungkin berusaha mendominasi peranan dalam keluarga.

ANAK BONGSU
--->Anak bongsu biasanya memiliki pembawaan yang menyenangkan,pandai bergaul,popular dan mudah menbuat orang jatuh hati kepada mereka.Mereka juga mudah dipuaskan.Apabila bercinta,mereka biasanya terpesona dengan hubungan cinta itu.Oleh yang demikian,perhatian yang sedikit sahaja sudah cukup bagi membuatkan mereka jatuh cinta.Namun begitu,di sebalik sefat mereka yang menyenangkan,jangan sekali-kali cuba mendominasi mereka.Hal ini kerana,anak bongsu cenderung menentang ataupun paling kurang,mempersoalkan autoriti.Anak bongsu lebih suka dianggap setaraf dengan pasangan mereka daripada dianggap menurut kata pasangannya.Selain itu,anak bongsu juga mempunyai kemampuan berjenaka yang lebih tinggi berbanding dengan abang ataupun kakak mereka.

ANAK KEMBAR
--->Keperibadian anak kembar amat bergantung kepada peranannya,sama ada sebagai kakak,abang atau adik.Secara umumnya,anak kembar yang lahir terlebih dahulu dianggap sebagai abang ataupun kakak.Namun begitu,berdasarkan beberapa kajian,didapati pada usia 11 ataupun 12 tahun,anak kembar yang lahir kemudiannya mula mengambil alih peranan sebagai abang,kakak dan sebaliknya.Dari segi sifat,keperibadian dan kehidupan percintaan mereka pula,mereka tidak berbeza dangan anak kembar  yang sulung dala memainkan peranan sebagai abang ataupun kakak dan sebaliknya.

ANAK TUNGGAL
--->Keperibadian anak tunggal adalah serupa dengan keperibadian anak sulung.Namun begitu,keperibadian mereka lebih ketara.Meraka dapat diharap,setia,memerlukan perhatian orang yang dicintai serta cenderung berjuang sepenuh tenaga bagi mendapatkan perkara yang mereka mahu.Perbezaan antara anak tunggal dan anak sulung adalah,anak tunggal tidak terlalu mementingkan kesempurnaan.Dalam hubungan percintaan,anak tunggal cenderung mempunyai beberapa kekasih asalkan mereka yakin kekasih mereka tidak mengetahui perkara itu.Dalam pada itu,sungguhpun anak tunggal cenderung mengikut peraturan seperti anak sulung,mereka juga berusaha mencari cara bagi melanggar peraturan ataupun norma.Demikian serba sedikit gambaran perihal keperibadian berdasarkan turutan kelahiran.Namun begitu,ia tidak semestinya begitu.Kadangkala,manusia mungkin menyalahi kecenderungan semula jadi mereka.Ini kerana manusia mempunya akal fikiranOleh itu mereka dapat menidakkan pelbagai kecenderungan mereka dalam berusaha menuju kearah yang lebih baik.Allah berkata dalam surah at-Tin ayat 1-8


'Demi buah tin dan zaitun.Demi gunung Tursina.Demi Mekah yang aman ini.Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.Kemudian,kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya.Kecuali kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Meraka beroleh pahala yang tidak putus-putus.Apabila demikian kekuasanKu,apa pula yang menjadikan engkau pendusta pada hari pembalasan sesudah ternyata bukti-bukti itu?Bukankah Allah yang sedemikian kekuasaanNya  itu adalah seadil-adil hakim?

Dan hari tuh pula ada jumpa oarang post kat fb,most of you dah baca kot yang ini...

Anda anak no berapa?

Anak No.1 - Berkepimpinan & Tegas.
Anak No.2 - Penyabar & Kelakar.
Anak No.3 - Manja & Matang.
Anak No.4 - Baik & Bergaya.
Anak No.5 - Baran & Cool.
Anak No.6 - Ramah & Manja.
Anak No.7 - Tegas & Lawak.
Anak No.8 - Menerima & Sabar.
Anak No.9 - Rileks & Pendiam.
Anak No.10 - Penyabar & Baik.
Anak No.11 - Banyak Cakap & Kelakar.
Anak No.12 - Penyabar & Mengada.
Anak No.13 - Manja & Pendiam.
Anak No.14 - Baik & Penyabar.
Anak No.15 - Menerima & Manja.

Sekian.....